Malam ni susah untuk aku lelapkan mata, mungkin kerana seseorang yang aku suka melakukan sesuatu yang aku tak suka.Mungkin kerana seseorang yang aku suka, bermuka-muka. Mungkin kerana seseorang yang aku suka, sebenarnya tak suka pada aku. Well...to look at the bright side. Johnny Depp pun bukan semua orang suka. Haha. Memang optimis aku ni. - padahal nak sedapkan hati sendiri.Mungkin sebab aku bukan Chuk. Aku cuma Irma. Irma 'yang silap orang la nak control'. Mungkin juga sebab aku sekadar Irma yang confuse dengan perasaan aku sendiri - seperti kata seorang kawan baik @ private confidante. Jadi sekarang aku tau kenapa aku dibiar untuk berahsia. Ignorance is bliss. Said some.Some things are better left hidden or unsaid.
Some things are better left hidden or unsaid , and just hide it and walk off.Aibmu adalah aibku.Rahsiamu adalah rahsiaku. Ego aku dah tak tahu kemana lesapnya. Air muka aku terus kering tersejat entah sebab apa. Maruah aku jadi dadu yang dicampak untuk pusingan yang seterusnya. Kewarasan aku tak berdiri betul lagi. Tapi...Alhamdulillah. Aku segera muhasabah diri. Selepas 5 tahun, aku dapat tahu yang hati aku masih boleh digunapakai rupanya. Dia ada rasa: "S.A.K.I.T"Sakit? Maknanya kau hidup. Telan sakit tu bro, kasi potong manis yang lu dah makan bertahun-tahun.
Demikian halnya...Kita jumpa bila aku dah 'sihat'. Awaluddin Ma'rifatullah.
No comments:
Post a Comment