~GummY~

~GummY~
weeeeee

Thursday, March 12, 2009

hurmmm.

ayah saya sedang mempertahankan bahasa malaysia. maka dengan ini saya teruja ingin menulis blog dengan menggunakan bahasa ibunda ini.


saya tidak tahu apa yang terjadi kepada saya. saya mengalami banyak Deja-vu dan saya berasa tidak senang hati. saya sangat takut apabila saya tidak senang @ sedap hati. kerana berdasarkan pengalaman saya, apabila saya berasa begini, maka akan berlaku lah sesuatu yang buruk ke atas diri saya atau pun ke atas diri orang2 yang saya sayangi.
apakah ia?
adakah kerana kerja saya yang banyak menimbun menyebabkan saya terlebih fikir?
oh tidak..saya berharap semua baik-baik saja.

tetapi di saat saya menulis blog ini saya masih lagi berasa tidak sedap hati..
adakah kerana atok saya yang sedang tenat sakit itu?
ataupun kerana saya risau saya tidak mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan akhir sem ini lg?
atau kerana setelah berhempas pulas menyiapkan slide tetapi presentation saya tergendala di saat akhir?
ataupun kerana saya dapat merasa sesuatu yang tidak bagus akan terjadi kepada tuan punya 5855? perlukah saya berfikir tentang dia lagi? TIDAK. tetapi tiba-tiba saya teringat akan dia semalam. HAIRAN.

( berfikir sejenak)

bagaimanakah agaknya dirinya sekarang? mungkin lebih bagus dari dulu. harapnya.
saya berharap agar perasaan saya ini hanya lah perasaan sahaja. minta di jauhkan segala keburukkan. Amin.

* jangan lah lama2 sangat tak sedap hati ni*
*kepada manusia yang bernama YIBHAN MASYAMFINI, jangan ketawa berdekah-dekah apabila membaca blog ini. Ayah saya sedang giat mempertahankan bahasa malaysia. Pelik ayah saya ini.*

No comments: